Jangan seleweng fakta sebenar Kg Sungai Baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak yang mengatakan bahawa Kampung Sungai Baru bukan sebahagian daripada Penempatan Pertanian Melayu (MAS), telah menyeleweng fakta dan sejarah sebenar perkampungan itu.

- Advertisement -

Pakar forensik tanah bebas, Muzaffar Razman berkata, MAS merupakan satu badan pentadbiran yang telah diwartakan oleh pihak British pada 1900 bagi memelihara nasib penduduk Melayu di kawasan bandar khususnya Kuala Lumpur.

“Masih ramai lagi ingat apabila sebut sahaja MAS ini, sempadan jajahan dan sempadan dia hanyalah di Kampung Baru, ini yang saya nak betulkan. Mereka telah menafikan ataupun tidak tahu punca sejarah sebenarnya apa yang berlaku.

“Tidak pernah di dalam tulisan ataupun di dalam simpanan pihak British ataupun dari pihak Arkib Negara mengatakan MAS ini sempadan dia hanyalah di Kampung Baru. Tidak pernah, tidak ada pun. Mereka tidak boleh tunjuk sehingga sekarang.

“Kalau kita tanya pada Menteri Wilayah, tanya pada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), tanya pada PKB (Perbadanan Pembangunan Kampung Baru), mereka pun tak boleh jawab,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Beliau yang memperjuangkan nasib dan hak penduduk kampung itu menegaskan, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut mengenai Tanah Rizab Melayu yang seharusnya terpakai di dalam kes tersebut.

“Maklumat yang kita berikan tidak akan bercanggah daripada sejarah, daripada simpanan arkib dan juga enakmen-enakmen Kanun Tanah Negara, tidak bercanggah.

“Tetapi apa yang sebelum ini mereka bercerita, memang kita boleh kata bercanggah,” ujarnya menyangkal pihak-pihak yang menafikan status MAS Kampung Sungai Baru. – HARAKAHDAILY 6/3/2025

- Advertisement -