Anak bongsu ADUN Gurun kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Anak bongsu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia awal pagi tadi.

- Advertisement -

Muhammad Darwisy, 12 bulan, yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 3:45 pagi, di kediaman mereka, Resort Homes Cinta Sayang, di sini.

Berita kematian itu, dimaklumkan oleh Baddrol dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Allahyarham dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan keadaan itu disedari oleh ibunya, Nur Izyan Mustafa Khalid, ketika mahu memberi susu kepadanya.

Allahyarham disahkan meninggal dunia sebaik sahaja pasukan perubatan tiba ke rumahnya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Muttaqin Taman Ria sebaik sahaja urusan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selesai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin, Taman Kelisa Ria, di sini.

Anak bongsu bekas bintang bola sepak negara itu, juga mempunyai pasangan kembar, Dhiya Dinara.

Harakah dan seluruh kakitangannya, mengucapkan takziah kepada Baddrol dan ahli keluarga. – HARAKAHDAILY 5/3/2025

- Advertisement -