
KUALA LUMPUR: Kerajaan minta memberi penjelasan mengenai syarat dan ketetapan bagi membolehkan getah asli yang dihasilkan di negara ini layak menerima sijil Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR).
Selain membabitkan masa, Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) turut mempersoalkan, adakah harga semasa getah dan lateks pekat yang diimport juga mendapat pengiktirafan itu.
“Minta kerajaan, Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan tempoh masa bagi memastikan semua getah asli keluaran Malaysia memperolehi sijil Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR).
“Memandangkan unsur penting dalam pensijilan, kebolehkesanan, adakah SMR dan lateks pekat berasaskan bahan mentah diimport juga mampu memperolehi MSNR,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Chan Foong Hin berkata, pihaknya melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM), ia dilaksanakan untuk pastikan komoditi negara kekal relevan di pasaran global.
Beliau berkata, pihaknya juga membuat persediaan sejak Julai tahun lalu sebelum menguatkuasakan pematuhan sepenuhnya MSNR bermula Januari 2025 terhadap pemegang lesen dan permit dikeluarkan LGM. – HARAKAHDAILY 27/2/2025











