ADUN Bunut Payong dilantik Pemangku NYDP Kota Bharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman dilantik pemangku Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kawasan Kota Bharu.

- Advertisement -

PAS Kawasan Kota Bharu dalam satu kenyataan semalam berkata, ia dibuat dalam mesyuarat khas dihadiri Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Beberapa keputusan telah diambil melibatkan beberapa penjawatan dalam PAS Kota Bharu berikutan pemergian Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kawasan Kota Bharu, Mortazi Ismail.

“Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Kota Bharu malam tadi bersetuju melantik ADUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman sebagai pemangku NYDP PAS Kota Bharu,” katanya.

Dalam mesyuarat tersebut memutuskan beberapa perkara lain, termasuk mengantikan mantan NYDP PAS Kawasan Kota Bharu, Mortazi Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini.

Sementara jawatan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kota Bharu  disandang Shaari diserahkan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Bharu, Suhaimi Md Zain.

Manakala itu, beberapa isu pentadbiran lain dibincang dan diputuskan selain penetapan tarikh mesyuarat agung peringkat kawasan dan Dewan-dewan PAS Kawasan Kota Bharu.

Turut dibincang juga tentang sambutan dan pengisian bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 26/2/2025

- Advertisement -