Apa status kajian semula syarat OKU masuk IPT

Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Status terkini berhubung kajian semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi pelajar orang kurang upaya (OKU) dibangkitkan dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mempersoalkan sama ada terdapat institusi yang terpaksa menolak kemasukan pelajar OKU akibat kekurangan prasarana.

“Apakah terdapat institusi di mana dia terpaksa menolak kemasukan pelajar OKU akibat daripada kekurangan prasarana?

“Dan yang ketiga, berdasarkan Akta OKU 2008, selain kemudahan khas accessibility, fizikal, teknologi bantuan dan juga perkhidmatan, apakah status yang disebut tadi bayaran yuran RM6,200 setahun itu? Apakah dia dalam bentuk pinjaman?

“Kalau bentuk pinjaman, apakah kerajaan bercadang untuk memberi pengecualian yuran kepada pelajar-pelajar yang terima masuk?” soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tiada dasar diskriminasi terhadap pelajar OKU dalam kemasukan ke IPT.

“Kita akan pastikan setiap pelajar OKU yang ditawarkan tempat di mana-mana universiti akan mendapat kemudahan yang diperlukan.

“Kekurangan prasarana sedia ada tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak kemasukan mereka,” katanya.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sebarang inisiatif sudah dirangka atau dalam perancangan demi memastikan pelajar OKU di IPTA atau mereka yang mempunyai ibu bapa OKU diberi keutamaan dalam pengagihan biasiswa penuh pengajian tinggi oleh JPA, MARA, BNM, Petronas, Khazanah Malaysia
dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 20/2/2025

- Advertisement -