Pesawat A330: Apa jaminan tak berlaku insiden 2016?

Mohd Nazri Abu Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) meminta penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan apakah pelan kementerian untuk meningkatkan kebertanggungjawab pengilang asal Original Equipement Manufacture (OEM) dari segi pengawal seliaan.

- Advertisement -

Ini, katanya supaya insiden kelewatan penghantaran pesawat Airbus A330 yang pertama tidak berulang sehingga menjejaskan reputasi Malaysia Airline (MAS).

“Sebelum ini rangkaian pengurusan Malaysia Aviation Group (MAG) pernah berdepan masalah dengan kumpulan sama iaitu kelewatan penghantaran pesawat Boeing 737 MAX 8 pada 2016 sebelum ini.

“Mengambil kira isu teknikal berpunca daripada kualiti pengeluaran di peringkat kilang dan proses penghantaran yang akhirnya boleh menjejaskan rantaian bekalan dan operasi, adakah terdapat impak mengenai kelewatan penghantaran A330 yang pertama,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dalam jawapannya berkata, kelambatan itu berpunca daripada dalaman berkaitan dengan rantaian dan sebagainya.

“Pihak pengurusan MAG telah berurusan dengan pihak pengeluar pesawat Airbus A330neo dan pihak Rolls Royce akan memberikan komitmen untuk mengatasi masalah-masalah yang baru berkaitan pesawat itu.

“Insya-Allah dalam bulan Februari semua akan mengikut jadual yang telah diberi oleh mereka,” katanya.

Nazri dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan tindakan yang diambil susulan Malaysia Airlines yang menggantung sementara operasi pesawat baharu Airbusv A330neo sekurang-kurangnya 48 jam selepas melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada 19 Disember 2024 lalu akibat masalah teknikal serta kebimbangan mengenai kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya. – HARALAHDAILY 17/2/2025

- Advertisement -