MP Hulu Selangor jalani ‘bypass’ esok, rehat seketika

Pembedahan pintasan jantung

- Advertisement -

MAAFKAN saya, izinkan saya berehat seketika. Pemakluman rasmi khususnya buat rakyat di Parlimen Hulu Selangor. 

Saya akan menjalani ‘pembedahan pintasan jantung (bypass)’ pada hari Khamis ini 13 Februari 2025.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan saya di Facebook dan di Tiktok pasti merasa pelik macam mana tiba-tiba saja nak buat pembedahan, sedangkan saya nampak aktif ke sana ke mari dan yang terakhirnya saya ada program di Kelantan.

Saya ingin kongsikan sedikit cerita berkaitan perkara ini untuk peringatan kepada semua yang sudi membaca penulisan ini.

- Advertisement -

Saya telah dikenal pasti melalui angiogram (dengan izin Allah) pada 18 Disember 2024 bahawa 3 (tiga) salur darah saya telah tersumbat – (80 peratus , 80 peratus dan 70 peratus).

Saya tidak ada simptom sakit jantung cuma saya request dengan doktor di Parlimen untuk saya buat pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 2014 balik dari mengerjakan ibadah haji saya pernah buat pemeriksaan angiogram, result salah satu salur darah saya tersumbat 55 peratus, saya cuma makan ubat cair darah sahaja. Tapi saya dah stop lama dah ubat cair darah ni, hampir 10 tahun. Mungkin berpunca dari sini juga (dengan izin Allah).

Ketika mana result darah saya di klinik Parlimen baru-baru ini didapati semuanya ok tak ada masalah pun. Blood pressure, diabetes dan kolestrol semuanya terkawal. Istilah mudahnya saya sihat.

Ketika pemeriksaan di IJN. Pemeriksaan Nuclear Medicine PET-CT (scan) pada 04 November 2024 – result keluar pada 11 Disember 2024 tak ada masalah cuma ada tompok-tompok yang tidak dikenal pasti tapi bukan tanda-tanda salur darah tersumbat. Oleh kerana saya pernah ada rekod angiogram sebelum ini pada tahun 2014 dan ada (1) satu salur darah tersumbat, doktor suggest untuk saya buat angiogram.

Saya buat angiogram pada 18 Disember 2024 – result mengejutkan apabila (3) tiga salur darah blockage. Beberapa minit saja proses dijalankan doktor datang dekat saya…”YB banyak, YB we can’t do anything… kena buat bypass“. Terkedu sekejap bila doktor cakap begitu. Ya la saya datang just nak check tak sangka pula jadi serious.

Tak ada simptom pun, adalah sesekali terasa sakit sikit kat dada, saya anggap mungkin ianya stress. Saya siap main badminton lagi sebelum itu dengan sahabat-sahabat Ahli Parlimen.

Sementara menunggu tarikh pembedahan saya jalankan tanggungjawab saya seperti biasa dengan penuh berhati-hati ubat (incase emergency) sentiasa saya bawa ke mana-mana. 

Saya perlu teruskan tugas, saya tidak boleh lemah dik kerana perkara ini. Segalanya saya serahkan pada Allah SWT.

Perkongsian ini adalah bertujuan peringatan buat teman-teman semua untuk lebih berhati-hati dan juga saya kena maklumkan secara terbuka berkaitan kesihatan saya sebabnya saya perlu berehat 2 ke 3 bulan lamanya. Bergantung pada keadaan saya.

Maaf lagi sekali dari saya buat semua yang saya kenali mahupun tak saya kenali. Anda semua adalah sumber inspirasi saya.

Mohon doa kalian semua semoga pembedahan ini berjaya, dipermudahkan segalanya serta diberikan kesembuhan sepenuhnya buat saya.

Terima kasih atas perhatian dan doa dari kalian semua.

Siiru’ala barakatillah 

MOHD HASNIZAN HARUN 
Ahli Parlimen Hulu Selangor
11/02/2025 2:35 pm – HARAKAHDAILY 12/2/2025

- Advertisement -