Kerajaan diminta jelaskan kontrak sewa helikopter RM16 bilion

Dato' Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi jawapan secara jujur terhadap keputusan menganugerahkan kontrak kepada syarikat Weststar Aviation Services pada 9 Disember lalu.

- Advertisement -

Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) berkata, kontrak sewaan helikopter AgustaWestland AW149 bernilai RM16 bilion menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak.

“Keputusan terkini kerajaan menganugerahkan kontrak perolehan yang terbesar dalam sejarah pertahanan negara, sewaan helikopter secara Goverment Operate Company Own and Maintain (GOCOM).

“Ini tidak pernah dijawab dengan jelas dan jujur oleh Kementerian Pertahanan walaupun raai rakan sebelah sini dan sana ragu akan rasional keputusan perolehan ini,” katanya.

Berucap pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini beliau turut mempertikaikan kemampuan jentera itu bagi mengangkut merian 105mm ‘Pack Howitzer’.

Menurutya, helikopter yang dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dilihat tidak sesuai dan tidak memenuhi kepeluan operasi harian namun kerajaan tetap dengan pendiriannya.

“Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah helikopter yang akan dibekalkan kepada syarikat itu mampu melaksnakan tindakan basic iaitu mengangkut meriam arteliri jenis 105mm.

“Saya mohon menteri pertahanan sewaktu mengulung nanti, untuk menjelaskan boleh atau tidak, helikopter ini mampu mengantikan tugas helikopter Nuri dilucutkan tauliah pada 2019,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/2/2025

- Advertisement -