Ibu bapa mesti utama pendidikan kepada anak-anak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ibu bapa diingatkan supaya mementingkan pendidikan pada anak-anak mereka kerana ia kunci kejayaan masa depan pelajar itu sendiri.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ibu bapa perlu memberi tumpuan pendidikan sepenuhnya kepada pada anak masing-masing bagi mengelak terpengaruh dengan anasir luar.

“Perkara paling penting ialah anak-anak ini perlu bersekolah kerana ia menentukan masa depan mereka.

“Berkorbanlah untuk masa depan anak-anak agar dapat melanjutkan pelajar mereka kerana dengan pelajaran tinggi dan sahsiah akan membentuk jati diri mereka,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kembali Ke Sekolah peringkat Parlimen Kota Bharu, di sini semalam.

Seramai 300 pelajar menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah yang bernilai RM100 tiap seorang.

Hadir sama pada majlis itu, ADUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman dan pemimpin masyarakat serta ibu bapa penerima.

Takiyuddin berkata, program ini memberi manfaat khusus kepada mereka yang tidak menerima bantuan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam Parlimen tersebut.

“Harga kelengkapan sekolah bukan murah, jadi bantuan ini diharapkan dapat membantu ibu bapa membuat persiapan bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/2/2025

- Advertisement -