DAFC alternatif makanan segera berasas ayam goreng

Orang ramai beratur panjang di D’Apple Fried Chicken (DAFC), Sri Gombak, Fasa 3, Gombak, Selangor, bagi merebut promosi diskaun 50 peratus yang ditawarkan sempena pembukaan rasmi cawangan tersebut. (FOTO: Muhammad Azwan)
- Advertisement -

GOMBAK: Premis francais makanan segera tempatan, D’Apple Fried Chicken (DAFC), kini dibuka secara rasmi di Sri Gombak, Fasa 3, di sini, dengan menerima sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

- Advertisement -

Pemilik francais, Muhammad Azwan Kamaruzzaman meluahkan rasa syukur atas sambutan yang diterima kerana pada hari pembukaan, pelanggan berpusu-pusu hadir dan sanggup beratur panjang bagi mendapatkan promosi diskaun 50 peratus yang ditawarkan.

“Saya juga memberi jaminan bahawa pihak kami akan meneliti setiap aspek perkhidmatan serta operasi bagi meningkatkan kualiti dan kepuasan pelanggan,” katanya kepada Harakahdaily, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Khidmat Gombak, Iqman Iberahim menyeru masyarakat untuk menyokong DAFC, terutama dalam situasi semasa yang menyaksikan kempen boikot terhadap beberapa rangkaian restoran makanan dan minuman (F&B) atas isu kemanusiaan.

“Restoran seperti DAFC dilihat sebagai alternatif bagi rakyat Malaysia yang menggemari hidangan seperti ayam goreng dan burger.

“Pembukaan DAFC di Gombak bukan sahaja menambah pilihan kepada pengguna, tetapi memperkukuhkan ekosistem perniagaan tempatan dalam menghadapi persaingan dengan jenama antarabangsa,” katanya.

Justeru, fenomena itu juga mencerminkan sokongan tinggi masyarakat terhadap perniagaan tempatan, terutama dalam keadaan semasa yang menyaksikan kempen boikot terhadap beberapa rangkaian restoran antarabangsa. – HARAKAHDAILY 30/1/2025

- Advertisement -