Cara tuntutan DAP tanpa endahkan umat Islam

Dr Zulkeflee Yaacob
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Itulah cara pemimpin DAP menuntut ‘hak asasi manusia’ tanpa mengendahkan hak umat Islam,” kata psikososio, Dr. Zulkeflee Yaacob.

- Advertisement -

Malah, menurutnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tidak faham Fasal 3 dan sensitiviti penduduk majoriti penganut Islam di negara ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Nga Kor Ming yang menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar ‘status quo’ tentang penjualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam kononnya untuk menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

Katanya, kronologi naratif Kor Ming selaku menteri Persekutuan mencetus beberapa isu nasional apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengenakan kompaun kepada wanita, peniaga Cina yang berpakaian seluar pendek.

Beliau yang juga Pakar Penasihat Majlis Wanita Kelantan berkata, titik merah dilanggari kerana mencampuri urusan MPKB-BRI.

“Selanjutnya beliau memberi justifikasi secara salah atas acara Krismas di lobi kementerian KPKT kerana tempat rasmi agensi kerajaan tidak boleh menguar-uarkan agama lain di bawah fasal 11(4) dan dana awam untuk aktiviti seumpamanya.

“Selain rasis dalam politik kepartian serta tiada atribut tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara yang dibiayai dana awam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam terutama kes kemalangan jalan raya sifar dan hukuman lebih komparatif yang berpunca pemandu mabuk,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, dari sudut legislatif dan judisiari pihak kementerian hanya menyelaras dana, fasiliti dan penjawat atau pekerja sahaja di mana-mana kerajaan tempatan termasuk majlis perbandaran dan majlis daerah di samping terhad pada cadangan kerana pelaksanaan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Beliau membantah Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengehadkan jualan arak di kawasan majoriti Muslim seperti dihasratkan oleh Datuk Bandar Ipoh.

“Manakala ahli majlis kerajaan negeri (Exco) Perak akan membawa isu dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Exco kerana pembinaan polisi dan dasar bawah bidang kuasa negeri.

“Tambahan Islam terletak di bawah Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan dan bidang kuasa negeri di bawah sultan atau raja negeri masing-masing ,” ujarnya.

Beliau menegaskan, Persekutuan tidak berhak mencampuri atas pelaksanaan polisi kerajaan tempatan termasuk tanggungjawab melarang atau mengehadkan penjualan arak terutama di kawasan majoriti Muslim.

Katanya, dengan merujuk keputusan Mahkamah Rayuan 2013 bahawa pentakrifannya menjadi tanggungjawab Persekutuan meskipun Islam di bawah negeri melalui agensi yang menjadi cabang mahkamah atau apa-apa institut lain membenarkan pemartabatan Islam di seluruh negara selagi tidak mendiskriminasi non-Muslim.

Beliau menambah, Malaysia dilihat unik bukan atas pelbagai kaum, budaya, warna kulit dan bahasa termasuk puluhan multi dialek dan loghat kawasan tetapi aspek perundangan juga dikesan campuran sekular dan Islam.

Katanya, secara holistik perundangan terarah pada sekularisme tetapi tidak sekularisme tulen kerana terdapat peruntukan guna pakai hukum-hukum Islam dalam sistem perundangannya.

“Oleh itu, saf kepimpinan negara perlu pengukuhan perlembaganan dan perundangan di samping sejarah dan susur galur geopenduduk untuk mengekalkan status quo keharmonian dan keamanan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/1/2025

- Advertisement -