Nga perleceh, sakiti Muslim berkait arak itukan isu 3R?

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming digesakan meletakkan jawatannya sebagai menteri dan diganti dengan orang lain yang lebih menghormati sentiviti umat Islam.

- Advertisement -

Pengerusi Gabungan Gerak Rakyat Hidupkan Amar Maaruf Hancur Aktiviti Maksiat (GERAHAM) menyelar menteri berkenaan yang masih bertindak mempermainkan isu berkenaan agama Islam.

Ustaz Noor Hakimi Ab Halim bahkan menyifatkan Naib Pengerusi DAP tersebut dilihat seperti tidak serik dengan puluhan laporan polis terhadapnya dalam beberapa isu seumpama.

“Beliau tidak faham tentang agama Islam atau sengaja hendak menyakitkan hati umat Islam. Arak ini bukan sahaja haram diminum tetapi menjual juga adalah haram di sisi agama.

“Tidakkah dia (Nga Kor Ming) melihat bagaimana berlakunya pelbagai masalah sosial akibat daripada arak seperti kemalangan jalan raya, masalah rumah tangga, pergaduhan dan lain-lain,” kata beliau pada kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tegas Ustaz Noor Hakimi, sepatutnya sebagai menteri, Nga Kor Ming perlu lebih peka untuk menjaga perpaduan dan menghormati sesama kaum di negara ini.

Menteri tersebut ujar beliau, sewajarnya memastikan arak tidak dijual secara terbuka terutama kepada masyarakat awam, dengan itu bukan sahaja ia dilihat menghormati umat Islam, malah turut menjaga ketenteraman dari gejala buruk.

Tetapi realitinya tegas Noor Hakimi, pemimpin DAP itu berterusan memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja) dengan memperlecehkan sensitiviti umat Islam.

“Sudahlah menyokong penjualan arak di kawasan majoriti Muslim, siap dengan alasan ‘jika tidak mahu beli, janganlah beli’. Sikap begitu tidak selari dan tidak relevan sama sekali dengan aspirasi Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri.

“Lebih baik kerajaan rombak kabinet dan gugurkan menteri KPKT sekarang ini, ganti dengan yang lebih baik,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/1/2025

- Advertisement -