Perlakuan ke atas Ustaz Mutalib Maarof tidak wajar

Elak lakukan pendakwah seperti penjenayah berat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mempertahankan kenyataan Mudir Yayasan An-Nahdhoh, Pulau Pinang, Ustaz Mutalib Maarof yang juga merupakan pengasas bersama Persatuan Muafakat Pondok Se-Malaysia.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya berkata, tindakan diperlakukan ke atas beliau dalam satu ‘pertemuan’ di pejabat agama tempoh hari merupakan sesuatu yang tidak wajar.

“Dewan Ulamak PAS menasihatkan semua pihak yang mempunyai autoriti agama supaya menjalankan tugas dengan penuh profesional serta tidak memperlakukan golongan pendakwah seolah-olah mereka membawa ajaran sesat.

- Advertisement -

“Mahupun (dilayan seperti) menjadi penjenayah berat dalam masyarakat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan seharusnya institusi agama menjaga kebebasan dan keizzahan institusinya yang tersendiri.

Menurut beliau, para pendakwah yang berdakwah sekian lama dalam wilayahnya bukan musuh untuk ditakuti, bahkan mereka adalah rakan dakwah yang harus disantuni bersama.

“Dewan Ulamak PAS kesal dengan kejadian yang berlaku terhadap Ustaz Mutalib dan mengharapkan agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

“Adalah lebih baik para agawaman mencari ruang untuk bersatu berbanding mencari helah untuk bermusuh sesama sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/1/2025

- Advertisement -