
SIREN kecemasan berkumandang di majoriti kawasan tengah negara haram Israel apabila peluru berpandu balistik hipersonik ‘Palestin 2’ yang dilancarkan tentera Yaman melintasi ruang udara negara haram Israel menyasarkan Kementerian Keselamatan negara haram Israel di Tel Aviv. [1]
Ketua Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Nawaf Salam bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan.[2]
Menteri Kewangan negara haram Israel Bezalel Smotrich berkata gencatan senjata Gaza adalah satu malapetaka, menimbulkan kemarahan keluarga tahanan pendatang haram Yahudi. Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara Bezalel Smotrich dan keluarga tahanan pendatang haram Yahudi selepas ahli keluarga tahanan menyerbu masuk ke mesyuarat yang dihadiri Bezalel Smotrich di Knesset (Parlimen) negara haram Israel.[3]
HAMAS mempunyai satu lagi ‘Sinwar’ dan beliau sedang membina semula kekuatan HAMAS. Di bawah adik As-syahid Yahya Sinwar, HAMAS telah merekrut pejuang di Gaza dan mengheret tentera rejim Zionis Israel ke arah peperangan ‘war of atrition’.[4]
Kremlin menyatakan bahawa Iran dan Rusia akan menandatangani perjanjian ‘perkongsian komprehensif strategik’ Jumaat ini.[5]
Media negara haram Israel melaporkan bahawa tentera regim Zionis Israel mengakui kekuatan HAMAS tidak terjejas di Beit Hanoun, Semenanjung Gaza selepas lebih 16 tentera rejim Zionis Israel mati dalam masa beberapa hari.[6]
Ansarullah di Yaman mengumumkan bahawa 5 serangan telah dilancarkan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Harry Truman dan kumpulan kapal perang yang mengiringinya dalam masa tidak sampai sebulan dengan serangan terakhir pada Sabtu lalu serta mengancam lebih banyak kejutan bakal dilakukan.[7]
Media negara haram Israel, Times Of Israel melaporkan bahawa berlaku mesyuarat yang amat tegang antara Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu dan Utusan Timur Tengah Donald Trump Steve Witkoff di mana Netanyahu ditekan untuk menerima konsesi yang diperlukan bagi dilaksanakan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Semenanjung Gaza menjelang 20 Januari, sebelum Donald Trump mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat.[8]
Sekurang-kurangnya 70 warga Palestin terkorban apabila tentera rejim Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak semalam dengan 12 daripadanya terkorban awal pagi tadi.[9]
Di PBB, negara haram Israel mendakwa Hizbullah sedang membina semula kekuatannya dengan bantuan Iran.[10]
“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 15/1/2025
Rujukan:
[2]https://english.almayadeen.net/news/politics/icj-head-nawaf-salam-to-be-designated-lebanon-pm











