
ISU BULI di sekolah terutama yang melibatkan pelajar senior membuli pelajar junior dengan tindakan yang tidak masuk akal, terus berleluasa.
Terbaru berlaku di tempat yang pernah diuar-uarkan dulu. Bagaimana pihak pengurusan bertindak agar insiden ini ditakuti menjadi kebiasaan atau ‘budaya’ dapat dihentikan?
Sebagai negara majoriti umat Islam, amatlah sangat perlu diterapkan nilai adab, kasih sayang, dan penghormatan sesama manusia. Apatah lagi dalam hubungan persahabatan dan pergaulan.
Sekali lagi ditegaskan Islam mempunyai adab kenal mengenal, beramah mesra, berkawan dan bergurau.
Islam mengajar umatnya untuk saling menghormati, menyayangi, dan menjaga hak sesama insan.
Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘋𝘪𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa sebagai sesama Muslim, kita wajib menjaga perasaan dan kehormatan sahabat kita.
Buli, baik secara fizikal mahupun emosi, adalah pelanggaran terhadap prinsip ini kerana ia melibatkan perbuatan menzalimi orang lain.
Buli menyebabkan mangsanya merasa terhina, dipermainkan, dan diperlakukan dengan tidak adil.
Islam melarang segala bentuk penindasan, dan sebarang perbuatan yang mencederakan orang lain adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam agama.
Bergurau dan berjenaka adalah perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, namun Islam menekankan bahawa setiap gurauan dan jenaka harus dilakukan dengan cara yang sesuai dan tidak menyebabkan kemudaratan atau perasaan buruk kepada orang lain.
Rasulullah SAW sering bergurau, namun Baginda tidak pernah bergurau dengan cara yang melampaui batas atau merendahkan martabat orang lain.
Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘤𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘤𝘶𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳, 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘤𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘤𝘶𝘢𝘭𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘳𝘪𝘢𝘯𝘨.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Hadis ini mengajar kita bahawa gurauan dalam Islam hendaklah membawa keceriaan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
Gurauan yang melibatkan penghinaan atau tindakan fizikal yang tidak wajar adalah jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.
Apatah lagi jika gurauan itu menyebabkan kesakitan atau penderitaan, ia langsung tidak boleh diterima dalam ajaran Islam.
Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengenai adab berkawan dan bergurau yang benar menurut perspektif Islam.
Sejak kecil, ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka untuk menghormati, menyayangi, dan menjaga perasaan orang lain.
Adab ini penting bukan hanya dalam kehidupan seharian, tetapi juga dalam pergaulan mereka di sekolah dan di luar rumah.
Anak-anak perlu diajar bahawa setiap individu, walaupun lebih muda atau lebih tua, adalah wujud dengan martabat dan hak mereka yang perlu dihormati.
Masyarakat juga perlu memahami bahawa buli bukan gurauan yang wajar, sebaliknya ia adalah perbuatan yang melanggar prinsip moral dan agama.
Setiap individu, terutama pelajar, perlu diingatkan bahawa Islam mengajar kita untuk menghormati sesama manusia, menjaga perasaan orang lain, dan tidak menyebabkan kemudaratan. Kemudaratan bukanlah suatu gurauan tapi suatu aktiviti atau perlakuan yang mesti dipertanggung jawabkan.
Oleh itu, kita perlu mendidik generasi muda dengan nilai-nilai ini supaya mereka dapat berinteraksi dengan penuh hormat, menghindari perbuatan buli, dan membina hubungan yang harmoni.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/1/2025











