
LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendakwa keadaan bola yang digunakan dalam kejohanan Piala Carabao menjadi punca pasukannya tewas 2-0 kepada Newcastle United awal pagi tadi.
Dalam sidang medianya selepas perlawanan itu, beliau berkata pasukannya gagal untuk menyesuaikan diri dengan bola tersebut yang dikatakan berbeza dengan keadaan bola yang digunakan di Liga Perdana Inggeris.
“Saya fikir kami menendang banyak bola di atas palang dan ia adalah rumit. Bola ini ‘terbang’ dengan banyak. Kami membincangkannya juga supaya ada butiran yang boleh membantu kami lakukan dengan lebih baik.
“Tetapi pada akhirnya, ia tiada. Ini tidak mungkin kembali, ia adalah tentang perlawanan seterusnya. Itulah dunia kami. Ia berbeza, sangat berbeza dengan bola Liga Perdana dan anda perlu menyesuaikan diri kerana ia ‘terbang’ secara berbeza.
“Apabila anda menyentuhnya, cengkaman juga sangat berbeza dan anda perlu menyesuaikan diri,” katanya.
Arsenal tewas selepas Newcastle United berjaya menjaringkan gol menerusi Alexander Isak pada minit ke 37, sebelum Anthony Gordon melebarkan kedudukan pada minit ke 51, dengan kedua-dua pasukan itu dijadualkan akan kembali bertarung bagi pusingan kedua pada 6 Februari depan. – Agensi / HARAKAHDAILY 8/1/2025











