Pendidikan: Apa yang diberi, akan dapat kembali

- Advertisement -

TEMERLOH: Pendidikan rabbani bermula dari pendidik itu sendiri, kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nushi Mahfodz.

- Advertisement -

Sehubungan itu, ujarnya, apa yang para pendidik beri dan sampaikan menerusi pendidikan itu, mereka akan dapat kembali,”

“Apa yang anda berikan, anda akan dapat kembali,” katanya pada program Bicara Pendidik Teras Pendidikan Rabbani bertempat di Maahad Tahfiz Al-Furqan, di sini semalam.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Raudhah Pahang (RAUDHAH) itu telah dihadiri oleh 100 orang pendidik dari seluruh Pahang.

Ustaz Nushi menekankan kepentingan memiliki ilmu yang mendalam, beramal dengannya dan mentarbiah atau mendidik masyarakat.

“Sesiapa sahaja pendidik, mereka mesti amanah dan ikhlas agar ilmu yang diajarkan itu, akhirnya akan menimbulkan rasa takut kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau menambah, pendidik juga mesti bersungguh-sungguh melengkapi diri untuk menjadi uswatun hasanah, role model dan memiliki semangat tinggi atau ‘passion’ dalam melaksanakan tugas mendidik.

Selain itu, ujarnya yang juga ADUN Semenyih, para pendididk hendaklah menjauhi sifat sombong dan merasa cukup dengan apa yang ada.

“Pendidikan rabbani bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi memupuk hubungan yang utuh dengan Allah SWT dan membentuk akhlak mulia yang menjadi teladan kepada generasi akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/1/2025

- Advertisement -