Perkembangan terkini dunia Islam (29 Dis 2024)

- Advertisement -

TENTERA Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik hipersonik yang menyasarkan pangkalan tentera udara Nevatim milik tentera udara rejim Zionis Israel di Al-Naqab, selatan negara haram Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara tentera rejim Zionis Israel yang menyasarkan Lapangan Terbang Sanaa di Yaman. [1]

Hari ke-449 serangan bertali arus dan ‘genocide’ tentera rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza menyaksikan angka korban warga Palestin terus meningkat kepada 45,484 orang dengan 108,090 orang lagi dilaporkan cedera. [2]

Menteri Luar Iran dan China menyatakan bahawa ‘Asia Barat bukan tempat untuk campur tangan kuasa asing yang merosakkan’. [3]

Kementerian Pertahanan Afghanistan mengesahkan bahawa tentera Taliban telah melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan  sebagai tindak balas terhadap serangan tentera udara Pakistan ke atas wilayah Paktika di Afghanistan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 46 orang beberapa hari lalu. [4]

- Advertisement -

Kem tentera Rusia di Syria bakal diserang. Perisikan Rusia mendedahkan bahawa ejen-ejen Amerika Syarikat dan Britain sedang merancang untuk menyerang pangkalan tentera Rusia di Tortus, Syria dengan menggunakan proksi mereka bagi melemahkan kedudukan Rusia di Syria. Pangkalan tentera laut Rusia di Syria adalah satu-satunya pengkalan tentera laut yang berada di luar Rusia. [5]

Netanyahu mahu bunuh rakyat sendiri. Jurucakap HAMAS, Usamah Hamdan menyatakan bahawa Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu rela melambatkan perundingan damai supaya rakyat Zionis Israel yang ditawan terbunuh kerana jika mereka dibebaskan maka akan terdedah kerajaan Zionis Israel mengabaikan mereka dan sanggup membiarkan tawanan terbunuh. [6]

Kerajaan sementara Syria memburu saki baki tentera Assad. Operasi besar-besaran dilancarkan oleh tentera kerajaan sementara Syria bagi menangkap saki baki pimpinan rejim Basyar al-Assad yang bersembunyi daripada dikenakan dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka. [7]

Iran: Amerika Syarikat mempunyai tujuan untuk ‘merompak’ umat Islam dan tidak akan mencapai apa-apa di Syria. [8]

Media Barat melaporkan bahawa ada kemungkinan pesawat Azerbaijan yang terhempas dua hari lepas adalah kerana tembakan daripada peluru penangkis Rusia. [9]

Banduan kulit hitam mati dibunuh oleh pengawal penjara Amerika Syarikat (AS). Satu video tular menunjukkan beberapa pegawai penjara New York, AS mengasari seorang banduan berkulit hitam di dalam hospital. Tidak berapa lama selepas itu, banduan tersebut disahkan meninggal dunia. [10]

Iran menafikan dakwaan Liga Arab dan mahu kestabilan di Syria. [11]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

USTAZ DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 29/12/2024

Rujukan: 

[1] https://english.almayadeen.net/news/politics/yemeni-armed-forces-bomb-israeli-airbase-after-airport-strik 

[2] https://english.almayadeen.net/news/politics/day-449-in-gaza—israel–kills-at-least-11-since-dawn 

[3] https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/28/739880/Iran-China-Abbas-Araghchi-Wang-Yi-West-Asia-insecurity-Syria-integrity-cooperation-BRICS-Shanghai-partnership-agreement-nuclear-sanctions

[4] https://www.aljazeera.com/news/2024/12/28/afghan-taliban-hit-several-points-in-pakistan-in-retaliation-for-attacks 

[5] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/28/روسيا-تتهم-دولتين-بالتخطيط-لشن-هجمات 

[6] https://www.aljazeera.net/politics/2024/12/28/%D8%A3%D8%B3%D8%A7%D9%85%D8%A9-%D8%AD%D9%85%D8%AF%D8%A7%D9%86-%D9%86%D8%AA%D9%86%D9%8A%D8%A7%D9%87%D9%88-%D9%8A%D8%AE%D8%B4%D9%89-%D8%B4%D9%87%D8%A7%D8%AF%D8%A7%D8%AA 

[7] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/28/عاجل-مصدر-أمني-سوري-للجزيرة-عملية 

[8] https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/28/739859/Iran-Armed-Forces-Assad-government-collapse-militants-achievement- 

[9] https://www.bbc.com/news/articles/czd47v659g4o

[10] https://www.bbc.com/news/articles/c2ldwe1ypywo 

[11] https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/27/739835/Iran-Syria-Arab-League-Foreign-Minister-Abbas-Araghchi-inclusive-government-peace-chaos-sovereignty-unity-ethnics-terrorism-seditionists-Israel-adventurism-

- Advertisement -