
SEPANG: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) menawarkan umrah musim sejuk menarik kepada orang ramai yang berminat melaksanakan ibadah tersebut bersama lawatan dan pelancongan khususnya di Arab Saudi.
Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris memberitahu, peserta umrah musim sejuk ditawarkan Andalusia pasti mengalami pengalaman berbeza kerana pakej ditawarkan kali ini menitikberatkan pelancongan.
“Tapi pada masa yang sama, dalam tourism kita masih boleh melakukan ibadah umrah seperti biasa, masuk Raudhah seperti biasa. Cuma waktunya agak padatlah. Jadi kita boleh explore Riyadh.
“Kadang-kadang ramai umat Islam terutamanya yang Malaysia pergi ke Saudi tak pernah sampai Riyadh, tak sampai. Tak tengok Jeddah tu apa, kita singgah saja Jeddah selalu kan? Aa tapi kali ni memang kita berjalan habis-habisan dekat Jeddah. Dapat explore macam-macam,” jelasnya.
Beliau ditemui ketika pulang bersama-sama jemaah Pakej Menelusuri Sirah & Umrah Bersama Duta WE Xpress, Alif Satar di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini petang semalam.
Syarikat pengendali pakej umrah dan haji itu membawa rombongan tersebut terdiri daripada 77 orang peserta yang telah mengikuti pakej umrah bersama Andalusia tersebut sejak 17 Disember lalu.
Jelas Ida Riswana lagi, terdapat banyak tempat menarik di Saudi yang tidak pernah terfikir dan diketahui ramai khususnya peserta umrah dari Malaysia, tetapi boleh diteroka menerusi pakej ditawarkan oleh Andalusia.
Dalam masa sama umum Alif, Andalusia yang bekerjasama dengan WE Xpress turut menawarkan pakej bagasi dan kurier kepada para jemaah peserta agar mereka tidak perlu bimbang untuk pengurusan keperluan tersebut.
“Kadang-kadang terlalu lebih berat, dia orang nak kena fikir tentang bajet. Tak tahu bila dah ada nak hantar balik macam mana ada servis. Jadi WE Xpress ni menawarkan satu servis dan kita akan pick up di hotel di seluruh Makkah dan juga di Madinah.
“Jadi, jemaah boleh bila dia orang beribadah, ada masanya dia orang nak wakafkan al-Quran, ada diorang nak beli buah tangan, kurma kepada family yang tak pernah sampai ke Tanah Haram dia orang beli.
“Dia orang dah tak perlu dah nak fikir pasal beg, dia orang boleh masukkan kita sediakan kotak dan kita yang pick up dan hantar dalam masa 7 hari. Yang paling lewat pun 21 hari sahaja.
“So alhamdulillah bila dengan pakej umrah Plus yang baru saja dilancarkan ini bersama dengan Andalusia dengan jemaah-jemaah pun bila nak travel kita nak meringankan lagi apa dia orang punya kesusahan kerisauan hati bila nak shopping pun tak boleh kan.
“Memang dekat situ memang tempat-tempat orang beribadah dan selepas dia orang beribadah dia orang nak nak membeli barang dekat sana, so ada peluang untuk dia orang okey dia orang beli dan dia orang boleh hantar terus daripada Tanah Haram.
“Jadi nak menunjukkan yang WE Xpress ni ada pada waktu ini dan alhamdulillah yang Alif rasa sangat bersyukur atas peluang bersama dengan Andalusia dan juga Saudi Tourism Authority yang sekarang ini bila kita orang buat launch ini.
“Sekarang ini orang awareness itu orang dah tahu tentang keberadaan WE Xpress di Tanah Haram. So alhamdulillah satu lagi syarikat anak Melayu di Saudi untuk membantu jemaah-jemaah melakukan umrah,” jelas artis itu. – HARAKAHDAILY 29/12/2024











