Hannah Yeoh kalah saman Tan Sri Musa Hassan

- Advertisement -

KENYATAAN Media Tetuan Azam Aziz & Co Peguambela & Peguamcara berkaitan Keputusan Mahkamah dalam saman fitnah YB Hannah Yeoh terhadap Tan Sri Musa Hassan berkaitan buku “Becoming Hannah”.

- Advertisement -

1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan pada hari ini mengenai saman fitnah yang difailkan oleh YB Hannah Yeoh (“Plaintif”) terhadap Tan Sri Musa Hassan (“Defendan”) berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Defendan semasa satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 30 Januari 2020.

2. Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah membuat kenyataan fitnah yang mengaitkan beliau dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian melalui buku beliau “Becoming Hannah”, serta dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan golongan evangelis dan Yahudi yang boleh merosakkan Islam dan negara. Kenyataan tersebut dikatakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi Plaintif.

3. Mahkamah mendapati selepas perbicaraan penuh, bahawa Plaintif gagal membuktikan dua elemen penting yang diperlukan untuk tuntutan fitnah. Pertama, tidak dapat dibuktikan bahawa kenyataan tersebut secara keseluruhan merujuk secara khusus kepada Plaintif. Kedua, Defendan bertanggungjawab terhadap penerbitan kenyataan tersebut kerana forum tersebut dianjurkan oleh UiTM, dan Defendan tidak mempunyai kawalan terhadap siaran atau penyebaran kenyataan tersebut.

4. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kenyataan Defendan dibuat dalam konteks forum awam yang membincangkan isu keselamatan negara, di mana beliau, sebagai bekas Ketua Polis Negara, mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan negara. Kenyataan tersebut juga di buat berdasarkan analisis akademik, termasuk tulisan oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff dan tiada bukti bahawa kenyataan tersebut dibuat dengan niat jahat atau tidak wajar. Pembelaan komen adil (fair comment) diterima, kerana kenyataan itu dibuat dengan niat baik mengenai perkara yang berkepentingan awam.

5. Mengenai pembelaan justifikasi, Mahkamah mempertimbangkan bahawa bukti menunjukkan pengakuan oleh Plaintif sendiri di dalam buku tersebut bahawa dia mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia dan bahawa dia kembali ke tanah air (selepas tamat pengajian di Australia) sebagai “Ambassador of God” dan bahawa dia ingin menyebarkan “ajaran tuhannya” melalui pejabat politiknya, dan bahawa bukunya ditujukan untuk semua orang, bukan hanya Kristian. Pembelaan justifikasi tidak memerlukan pembuktian setiap perkataan sebagai benar, sebaliknya kebenaran substansial dari imputasi dan Pengakuan oleh Plaintif sendiri ini memberikan asas penting untuk pernyataan Defendan berkenaan.

6. Terdapat 5 mukasurat dalam buku “Becoming Hannah” yang menjadi asas pembelaan Justifikasi Defendan dalam tindakan ini :-

Muka Surat 7:

“Ironically, the teaching I was receiving as a Christian while in Tasmania said otherwise. The ethos of the Overseas Christian Fellowship or OCF, a student-run and student-led campus ministry, was “Reach Out, Build Up, Send Back.” It was drummed in pretty clearly into all OCF Australia members that upon completing our degrees, we were to return to our home countries as “ambassadors of God” and to make disciples of others. I was an active member of OCF Hobart, even co-leading a cell group of other students, but that message did not sink in. I saw other overseas students obtain permanent residencies and knew that was what I wanted, too. Returning home is not God’s will for everyone, I told myself, and it’s not His will for me either”.

Terjemahan – “Ironiknya, pembelajaran yang saya terima sebagai seorang Kristian semasa di Tasmania menyatakan sebaliknya. Aspirasi Felo Kristian Seberang Laut, sebuah kampus yang dikendalikan dan dipimpin oleh pelajar adalah “Mendekati, Melatih dan Menghantar Pulang”. Ia ditekankan dengan sangat jelas kepada semula ahli Felo Kristian Seberang Laut Australia bahawa selepas menyelesaikan pengajian kami, kami harus kembali semula ke negara asal sebagai “duta Tuhan” dan menjadi pengikut kepada yang lain. Saya adalah ahli aktif Felo Kristian Seberang Laut Hobart, malah turut membantu memimpin sebuah kumpulan pelajar, namun aspirasi tersebut tidak meresap dalam diri. Saya melihat pelajar luar negara yang lain memperoleh status penduduk tetap dan menyedari bahawa saya juga inginkannya. Saya memberitahu kepada diri sendiri bahawa pulang ke tanah air bukanlah kehendak Tuhan kepada semua orang dan itu juga bukan kehendak-Nya untuk saya”.

Muka Surat 23:

“This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God”.

Terjemahan – “Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan”.

Muka Surat 89:

“I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of a God”.

Terjemahan – “Saya tidak mengukur Harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atay dengan popularity saya di kalangan pengundi. Saya mengukur Harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan

Muka Surat 108:

“I also felt that politics took me away from my true longing, which was ti be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God kenw the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office”.

Terjemahan – “Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu Hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.

Muka Surat 110:

“It is here that I want to specially address the OFCers (Overseas Chritian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve…We want to encourage fellow OFCers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jurusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in MAlaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.

Terjemahan – “Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dlengkap dan pulang untuk berkhidmat…Kami ingin menggalakakan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jurusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan”.

7. Sebagai seorang wakil rakyat, Plaintif dianggap sebagai individu yang terbuka kepada kritikan berhubung tugas awamnya. Mahkamah menegaskan kepentingan kebebasan bersuara, terutamanya dalam perbincangan mengenai kepentingan negara, dan menekankan bahawa tokoh awam perlu menerima kritikan dan perdebatan berhubung tindakan serta kenyataan mereka dalam kapasiti awam.

8. Sebagai kesimpulan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tuntutan Plaintif dengan kos RM40,000.

9. Keputusan ini menegaskan pentingnya melindungi kebebasan bersuara dalam masyarakat demokrasi, khususnya mengenai isu-isu kepentingan awam, dan mengingatkan bahawa tokoh politik awam bahawa mereka harus bersedia untuk menerima kritikan berhubung peranan mereka sebagai pemimpin.

10. Tan Sri Musa Hassan mengucapkan syukur kerana Allah subhanallah wa ta’ala atas keputusan Mahkamah pada hari ini dan mengucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau dan beliau akan terus bercakap atas kapasiti sebagai Mantan Ketua Polis Negara tentang apa jua isu yang berkepentingan nasional dan akan mempertahankan negara daripada sebarang ancaman dalaman dan luaran sejajar dengan kesucian dan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

Sekian dan terima kasih 

TETUAN AZAM AZIZ & CO
Peguambela & Peguamcara – HARAKAHDAILY 23/12/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -