Zamakhshari kongsi tiga tips azam Tahun Baru 2025

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhammad berkongsi tiga panduan sebagai azam Tahun Baru 2025.

- Advertisement -

Dalam tempoh seminggu lagi kata beliau, dari sekarang merupakan masa terbaik untuk membuat perancangan tersebut dalam mencapai hasrat yang diingini pada tahun hadapan.

“Tak lama lagi kita akan menjengah masuk ke tahun yang baharu. Jadi sekarang ini masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah atas apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini.

“Sekarang juga adalah masa yang tepat untuk kita tetapkan apa yang ingin dicapai untuk tahun akan datang, saya kongsikan 3 tips dalam kita merangka azam tahun baharu,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra dalam satu hantaran di laman sosial Facebook hari ini menjelaskan azam yang hendak dicapai perlu dilihat spesifik dan realistik.

Selain itu kata beliau lagi, kemahuan bakal dilaksanakan tahun depan juga perlu memberi tumpuan kepada matlamat yang lebih penting serta mulakan dengan langkah kecil.

“Jangan terlalu umum seperti nak jadi lebih baik atau nak lebih berjaya, susah nak ukur kalau macam ni, sebaliknya jadikan spesifik contohnya nak jogging sekurangnya tiga kali seminggu.

“Jangan tamak dan nak buat semua benda, pilih perkara yang paling penting sahaja seperti kesihatan, kewangan dan kemahiran baru, fokus sedikit baru ada usaha dan tenaga.

“Pepatah orang putih kata ‘start small’, mulakan azam dengan langkah kecil dan boleh dilaksanakan contoh, kalau nak belajar kemahiran baru mulakan dengan 10 minit sehari,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/12/2024

- Advertisement -