Tingkatkan ketelusan, kawalan pemegang amanah

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Usaha untuk memperkukuh pengurusan pemegang amanah diteruskan melalui pindaan terhadap Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208) yang bertujuan meningkatkan ketelusan dan kawalan selaras dengan standard antarabangsa.

- Advertisement -

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, kepentingan pindaan itu bagi menjamin sistem amanah yang lebih telus dan bertanggungjawab.

“Sejauh mana perluasan skop pindaan ini dapat memantapkan pengurusan pemegang amanah dan dapat mengatasi cabaran pematuhan piawaian penilaian antarabangsa seperti Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Wan Martina berkata, langkah itu diperlukan untuk memastikan pengurusan pemegang amanah memenuhi piawaian antarabangsa terutama dalam aspek pengawalseliaan.

“Isu seperti penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dalam konteks entiti atau pemegang amanah juga perlu ditangani dengan lebih serius,” katanya.

Beliau turut mengupas skop semasa Akta Pemegang Amanah 1949 yang meliputi wasi atau pentadbir harta pusaka individu yang telah meninggal dunia serta pentadbir harta amanah yang tidak menerima bayaran atau ganjaran. – HARAKAHDAILY 17/12/2024

- Advertisement -