Ekonomi era Madani sering dilihat sebagai satu tempoh yang mengecewakan, terutamanya kerana beberapa isu kritikal yang timbul sejak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Beberapa faktor utama yang menyebabkan kekecewaan ini termasuk ketidakseimbangan sosioekonomi yang semakin ketara, kelemahan dalam pengagihan kekayaan antara negeri, serta pengaruh politik yang mengganggu tadbir urus ekonomi negara.
Tidak terkecuali isu ketirisan, penyelewengan, dan hutang isi rumah yang semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan golongan muda, antara faktor yang dikhuatiti menambah kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi negara. Semua ini mencerminkan cabaran besar sektor ekonomi yang masih belum dapat diselesaikan dalam era Madani.
Susulan itu, wartawan Harakah, SRIHAYANIS ABASRI dan HAZIQ AIMAN mengupas isu-isu tersebut dari perspektif pandangan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), SYAHIR SULAIMAN. Ikuti temubual bersama Ahli Parlimen Bachok itu di Parlimen, baru-baru ini.












