EXCO santuni ibu kehilangan anak mati lemas

- Advertisement -

BACHOK: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Rohani Ibrahim menyantuni seorang ibu yang kehilangan anaknya akibat lemas di Pantai Kandis.

- Advertisement -

Dalam pertemuan itu Siti Nor Syahidah Mohamad 33 menceritakan perasaan sedih melihat anaknya, Muhd Naufal Arshad Muhd Aiman Hafiz 8, terkapai-kapai sebelum tenggelam ditarik ombak.

Bagaimanapun kata beliau, mayat anak terbabit ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian selepas 16 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Sebentar tadi (pagi tadi) saya turun ke lokasi kejadian, sejenak selepas ketibaan kami, dengan izin Allah, mangsa berjaya ditemui tidak jauh dari kawasan insiden yang dilaporkan.

“Ucapn takziah dihulurkan kepada keluarga mangsa atas kehilangan ini, semoga terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook semalam.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak terbabit dipecayai lemas pada jam 6:50 petang semalam ketika bersiar-siar di Pantai Kandis bersama ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Dalam kejadian itu Siti Nur Shahidah hanya sempat menghulurkan kayu, namun anaknya tidak sempat mencapainya kerana arus ombak ketika itu musim tengkujuh terlalu kuat.

Mendapat aduan tersebut satu pasukan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan banyak lagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. – HARAKAHDAILY 16/12/2024

- Advertisement -