Penginapan pekerja asing sesak risiko penyakit berjangkit

Dr Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Standard minimum perumahan pekerja seperti yang diperuntukkan dalam Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) perlu ditingkatkan dari segi pemantauan dan penguatkuasaan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

- Advertisement -

Dr Halimah Ali (PN-Kapar) turut mempersoalkan tahap pematuhan majikan terhadap Akta 446 serta perancangan Kesuma untuk menjalankan operasi bersepadu secara berkala bagi memastikan pematuhan undang-undang buruh dapat disebar luas.

“Adakah kekerapan operasi bersepadu pematuhan penginapan pekerja yang dijalankan agar penguatkuasaan undang-undang perburuhan dapat disebar luas di samping khidmat nasihat yang berterusan.

“Keadaan tinggal bersama beramai-ramai dalam keadaan sesak akan menyebabkan penularan penyakit berjangkit menular begitu pantas terutama di kalangan pekerja asing.

“Saya ambil contoh di Meru dan Kapar serta Bandar Sultan Suleiman dan saya juga yakin ini juga berlaku di Sarawak,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Halimah yang juga Ketua Portfolio Perpaduan Negara Perikatan Nasional (PN) turut minta kementerian menyatakan tindakan proaktif pihak Kesuma bagi memastikan Malaysia tidak menjadi ‘set-will country’ dari segi keadaan buruh.

Justeru, beliau berkata, pindaan itu dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan keseimbangan antara kepentingan majikan dan hak pekerja demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik dan kondusif. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

- Advertisement -