Kes dera anak punca ramai wanita berhenti kerja

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak di pusat jagaan membimbangkan ramai ibu bapa sehingga ada yang terpaksa berhenti kerja demi keselamatan anak-anak.

- Advertisement -

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berkata, isu keselamatan kanak-kanak di pusat jagaan perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap pusat jagaan yang melanggar peraturan.

“Apakah pindaan ini mencadangkan supaya hukuman yang lebih berat dikenakan termasuk pergantungan lesen operasi kepada pusat jagaan yang melanggar peraturan?

“Selain itu, apakah insentif yang disediakan kepada pengusaha taska, komuniti dan swasta supaya dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah dan kos operasi semakin tinggi apabila syarat gaji minima baru yang telah disyaratkan kerajaan,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata hukuman sedia ada sebanyak RM10,000 denda dan dua tahun penjara akan dicadangkan naik kepada RM100,000.

“Bila ada kes penderaan kebiasaannya pengasuh yang akan dikenakan tindakan, manakala pengusaha taska terlepas daripada sebarang tindakan,” katanya.

Dalam soalan asal, Siti Zailah meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status terkini semakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) dan elemen penambahkan dalam semakan terkini. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

- Advertisement -