Apa perkembangan JK Khas Mengkaji Kompetensi DUN

Tuan Guru Zulkifli Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan perkembangan terkini Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas).

- Advertisement -

Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berkata pihaknya dimaklumkan jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi mencari penyelesaian membabitkan konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Beliau berkata, rakyat ingin mengetahui alasan penghakiman dikemukakan dalam isu antaranya Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 negeri Kelantan.

“Pertama berhubung isu Nik Elin, berapa kali mesyuarat jawatankuasa khas mengkaji isu berkenaan tersebut dengan kompetensi DUN untuk mengubal iaitu undang-undang syariah islam.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) beberapa pertemuan telah diadakan, pada 5 Disember 2023 dan 16 Februari 2024, apakah status kajian dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Beliau berkata, sebanyak 40 kali mesyuarat telah diadakan dan jawatankuasa kini dalam proses memuktamadkan laporan akan dibentangkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Berkaitan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipengerusikan Tun Zaki, sebanyak 40 kali mesyuarat telah diadakan, terakhirnya pada 15 November 2024 lalu.

“Setakat hari ini saya dimaklumkan mereka dalam proses akhir sebelum diserahkan Pengerusi MKI, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mempengerusikan Mesyuarakat Jawatankuasa MKI,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/12/2024

- Advertisement -