Andalusia hargai para pegawai pemasaran syarikat

- Advertisement -

AMPANG: Majlis Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) telah diadakan buat julung kalinya di sebuah Dewan, di sini hari ini.

- Advertisement -

Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur di atas khidmat telah diberikan para pegawai pemasaran di syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah itu.

“Pada saya, anda semua adalah tulang belakang kejayaan Andalusia. Tidak mungkin Andalusia capai kepada kejayaan pada hari ini, tidak mungkin tanpa adanya anda semua.

“Anda bukan sekadar ejen atau pegawai pemasaran, tetapi anda juga adalah duta kepada nilai-nilai Islam, nilai-nilai amanah dan kecemerlangan.

“Andalusia amat berbangga dengan dedikasi anda selama ini kerana anda telah membawa nama Andalusia ke tahap yang membanggakan,” katanya ketika merasmikan konvensyen berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Daud Che Ngah dan Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin dan angkawasan pertama negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor selaku tetamu khas.

Andalusia ketika ini mempunyai hampir 1,700 pegawai pemasaran yang bersedia membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik ke Tanah Suci.

Ida Riswana yang juga Penasihat Undang-undang Andalusia dalam pada itu berharap agar para pegawai pemasaran dapat menggunakan kerjaya mereka untuk berkembang lebih jauh.

“Saya berharap anda semua tidak melihat diri anda sebagai seorang pegawai pemasaran semata-mata, tetapi anda juga adalah seorang usahawan, usahawan bersama Andalusia,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/11/2024

- Advertisement -