City terus merana, sia-siakan kelebihan 3-0

Pasukan itu terus gagal mencapai kemenangan walaupun mendahului perlawanan dengan jaringan 3-0. (Foto: BBC)
- Advertisement -

MANCHESTER: Manchester City melebarkan rekod tanpa kemenangan mereka kepada enam perlawanan selepas seri 3-3 dengan pasukan dari Belanda, Feyenoord dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

- Advertisement -

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu membuka tirai jaringan sejurus sebelum rehat apabila Erling Haaland menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44, sebelum rembatan pada awal babak kedua oleh Ilkay Gundogan minit ke-50 dan Haaland minit ke-53 meletakkan juara Liga Perdana itu mendahului dengan jaringan 3-0.

Namun, selepas Guardiola melakukan tiga perubahan dengan merehatkan Gundogan, Phil Foden dan Nathan Ake, permainan pasukan kendaliannya mula merudum, dengan kesilapan oleh Josko Gvardiol yang melakukan hantaran tanpa melihat kepada Anis Hadj-Moussa, lalu mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menjaringkan gol.

Feyenoord yang penuh bersemangat seterusnya menghukum City apabila pemain gantian, Santiago Gimenez menjadikan kedudukan 3-2 dengan penyudah jarak dekat pada minit ke-82, sebelum jaringan oleh David Hancko pada minit ke-89 menjadikan kedudukan terikat 3-3.

Keputusan itu bermakna City hanya memenangi dua daripada lima perlawanan Liga Juara-Juara musim ini, menyaksikan mereka berisiko tinggi untuk terlepas satu daripada lapan tempat kelayakan automatik untuk peringkat kalah mati. – Eurosport / HARAKAHDAILY 27/11/2024

- Advertisement -