Kurang pengeluaran, bekalan antara cabaran utama SAF

 Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kekurangan pengeluaran dan bekalan merupakan antara cabaran utama dalam penggunaan tenaga Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

- Advertisement -

 Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata SAF merupakan alternatif yang sedia ada yang digunakan bagi menjaga alam sekitar.

Beliau menyatakan penggunaan SAF ini dapat mengurangkan 46 peratus penggunaan kerosin jet (jet fuel) seperti dimaklumkan oleh syarikat Air Asia Industri di Malaysia dan jelas adalah berita baik kepada Net Zero Amation pada tahun 2050.

“Soalan saya, bagaimana kerajaan melihat inisiatif SAF ini dapat memberikan nilai tambah ekonomi negara dan bagaimana dapat meningkatkan taraf hidup peneroka, peladang kecil dan usahawan bumiputera?” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata apabila adanya kilang syarikat EcoCeres 350,000 metrik tan dan 650,000 metrik tan daripada syarikat Petronas maka negara ini berkebolehan untuk mengeluarkan SAF sebanyak satu metrik tan.

“Lebihan SAF ini boleh kita eksport kepada negara-negara luar yang tidak mempunyai tenaga tersebut dan merupakan satu nilai ekonomi yang kita dapat,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/11/2024

- Advertisement -