Kelantan peruntuk RM30,000 bantu pengusaha IKS

- Advertisement -

MACHANG: Kerajaan Kelantan memeperuntukkan sebanyak RM30,000 kepada seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Kemuning untuk bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi setahun.

- Advertisement -

ADUN Kemuning, Ahmad Zakhran Mat Nor berkata, sebahagian penerima untuk tahun ini seramai 15 orang telah menerima sumbangan IKS melibatkan peti sejuk beku, ketuhar elektrik, kanopi, tempat letak makanan ‘stainless steel’.

Selain itu juga katanya, Pusat Khidmat DUN (PKD) Kemuning turut meluluskan permohonan pengusaha kecil yang memohon ‘blender’ serbaguna, periuk nasi bersaiz besar, ‘water pump’, balang buah dan lain-lain.

“Kita berharap penerima ini manfaatkan sebaiknya sumbangan yang diberikan kerajaan untuk meningkatkan rezeki masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam 15 pemohon telah menerima sumbangan peralatan masing-masing pada majlis yang diadakan di PKD Kemuning, dekat sini.

Beliau turut memberitahu, salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan di kedai makan adalah kebersihan.

Katanya, makanan yang diletakkan secara terbuka mengundang bukan sahaja habuk dan debu, bahkan juga lalat pembawa penyakit berbahaya.

“Alhamdulillah, dalam program Bantuan Usahawan IKS Kerajaan Negeri Kelantan, kita telah menyerahkan sebuah tempat letak makanan anti karat kepada Abe Asmandi, pemilik Kedai Makan Air Hijau dalam Mukim Cherang Hangus.

“Semoga dengan adanya tempat letak makanan ini akan menjadikan kedai makan beliau selari dengan slogan Kelantan Bersih Rakyat Sejahtera dengan menyediakan makanan yang bebas dari pencemaran udara dan juga lalat,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/11/2024

- Advertisement -