Adakah modul pra tahfiz diteruskan di sekolah rendah?

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan meneruskan modul pra tahfiz sebagaimana dilaksana tadika Kemas bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

- Advertisement -

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, hasrat KKDW harus dipuji dan dicontohi oleh kementerian lain bagi melahirkan kira-kira 100,000 menghafal juzuk 30 al Quran menjelang tahun 2026.

“Jadi soalan saya adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan modul pra tahfiz ini di sekolah rendah dan memengah nanti melalui kaedah literasi demi melahirkan pelajar cemerlang.

“Kita mahu melahirkan pelajar cemerlang sahsiah dan akademik kerana terbukti Maahad Tahfiz Pahang dia cemerlang dalam keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, bermula awal tahun ini KPM menubuhkan satu pasukan khas bagi mengendalikan isu-isu prasekolah yang merupakan sebahagian reformasi pendidikan.

Malah beliau dalam jawapan berkata, pihaknya mengadakan sesi libat urus bersama KKDW dan Kementerian Perpaduan Negara untuk menyelaraskan silibus pendidikan dan guru yang mengajar prasekolah. – HARAKAHDAILY 20/11/2024

- Advertisement -