LKAN 2/2024 bangkit pengurusan projek bawah ECER

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 telah membangkitkan isu pengurusan projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

- Advertisement -

Menurut Menteri Ekonomi, sebanyak tujuh pemerhatian audit telah direkodkan dalam sistem pemantauan Auditor General’s Dashboard.

“Daripada tujuh pemerhatian tersebut, dua pemerhatian telah diambil tindakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) manakala lima sedang dalam pelbagai peringkat Tindakan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Shaharizukirnain Abd. Kadir [PN-Setiu] di Dewan Rakyat, semalam.

Shaharizukirnain Abd Kadir

Shaharizukirnain dalam soalannya meminta Menteri Ekonomi menyatakan tindakan yang sedang dan akan dilakukan bagi menangani isu kelemahan pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti mana yang dilaporkan di dalam laporan Ketua Audit Negara 2/2024.

Kata menteri itu lagi, ECERDC akan melaksanakan semua teguran dan syor Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 termasuk cadangan supaya mewujudkan pangkalan data bagi mengukur pencapaian sosiekonomi kumpulan sasar, mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelaburan di taman perindustrian di ECER.

Selain itu, ujarnya ECERDC juga akan memberikan tumpuan untuk memudah cara dan merealisasikan pelaburan dengan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mempromosi taman perindustrian di ECER. – HARAKAHDAILY 5/11/2024

- Advertisement -