Rakyat Palestin tidak pernah gentar hadapi zionis Yahudi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lebih 50,000 umat Islam menjadi mangsa angkara keganasan Israel laknatullah di Palestin dalam tempoh setahun.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, lebih 10,000 menjadi tahanan Israel sehingga mereka terpaksa berhadapan penyeksaan mental dan fizikal yang amat dahsyat.

Ketua Multaqa Syabab Alam Islami, Dr Asyraf Iwadh berkata, biarpun pelbagai ancaman yang terpaksa dihadapi, umat Islam di Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak tidak pernah gentar menghadapi golongan kufar tersebut.

Menurutnya, biarpun Yahya Sinwar telah mati syahid, namun kanak-kanak, wanita dan umat Islam di Palestin tidak pernah gentar untuk melawan tentera kufar zionis Yahudi dan sekutunya.

“25 tahun Yahya Sinwar berada dalam penjara Israel, namun apabila dibebaskan beliau mengetuai tentera Palestin untuk menentang Israel,” katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini.

Menurutnya juga umat Islam di sana memerlukan sokongan seluruh dunia untuk bangkit menentang tentera zionis.

Kata Dr Asyraf, rakyat Malaysia khususnya umat Islam, pemuda PAS dan seluruh rakyat amat dihargai kerana sentiasa memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin.

“Biarpun di mana berada, umat Islam seluruh dunia disaran turut memberi sokongan dan menyokong perjuangan ini kerana ia bukan hanya soal kemanusiaan dan pengkhianatan, sebaliknya berkait akidah.

“Program Ijtimak Tarbawi adalah medan yang sesuai untuk didedahkan peristiwa, perjuangan dan perkembangan terkini di Palestin.

“Kami amat menghargai dan teruslah memberi sokongan kepada kami untuk terus berjuang dan berdoalah untuk kemenangan kita semua,” ujarnya.

Turut hadir pada program slot Pidato Palestin Ketua Dewan Pemuda PAS  Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden serta kepimpinan pemuda negeri dan pusat. – HARAKAHDAILY 2/11/2024

- Advertisement -