
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan merakam ucapan tahniah kepada Ketua Polis Kelantan yang baharu, Datuk Mohd Yusoff Mamat
Menteri Besar Dato’ Panglima Perang, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berharap amanah yang diberi dapat dilaksana dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen tinggi.
“Komitmen tersebut dalam usaha menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Baru-baru ini Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan.
Pelantikan Mohd Yusoff bagi menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos lepas.
Sebelum ini, jawatan berkenaan dipangku sementara Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby. – HARAKAHDAILY 31/10/2024











