Sasaran pengguna LRT3 semakin padat

Kapten Azahari Hasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Projek laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang pernah dibatalkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 dahulu akan disambung semula oleh kerajaan kini.

- Advertisement -

Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) berkata, sasaran pengguna harian bagi LRT3 untuk menampung keperluan dan unjuran penumpang di Lembah Klang semakin padat.

“Adakah terdapat kajian perbandingan antara penggunaan tren tiga gerabak dari segi kekerapan ketika waktu puncak berbanding tren enam gerabak?

“Selain itu, adakah ia dapat memenuhi keperluan semasa penumpang?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam soalan asal, beliau meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini, termasuk unjuran tarikh pengoperasian serta implikasi kos tambahan yang terlibat berbanding unjuran asal.

Timbalan menteri, Datuk Hasbi Habibollah, berkata kementeriannya akan memberi jawapan secara bertulis kerana pihaknya masih tiada angka yang sebenar dalam isu itu.

“Selain itu, unjuran untuk memulakan projek sudah pasti unjuran telah dikaji dari segi pelbagai sudut termasuk menangani masalah puncak, penambahan gerabak dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/10/2024

- Advertisement -