“Kita raikan belaka di Terenggganu’

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu meraikan semua bangsa yang datang ke negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, semua kaum sama ada Melayu, India, Cina, Korea dan Inggeris diraikan.

“Melayu, India, Cina, Korea dan Inggeris serta lain-lain kita raikan belaka di Terenggganu,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Menurutnya, tidak ada istilah perkauman kerana semua bangsa adalah hamba Allah.

“Selagi boleh memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri ini, kita terbuka untuk berbincang.

“Tapi bila mari ke negeri kita, maka ada tertib dan peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga kepentingan negeri,” ujarnya yang juga ADUN Jabi.

Beliau berkata, setakat ini pelabur dalam sektor pertanian yang datang melabur di Terengganu boleh mematuhi syarat dan perjanjian persefahaman (MoU) yang dipersetujui bersama.

Tambahnya, yang penting ialah sikap profesional antara kedua-dua belah pihak. – HARAKAHDAILY 28/10/2024

- Advertisement -