Bendera China: Pemuda PAS dikerah buat laporan polis

Tangkap layar rakaman video yang memaparkan para peserta mengibarkan bendera China di Teluk Intan bulan lalu.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan akan dikerah untuk membuat laporan polis berhubung insiden tular mengenai kibaran bendera China di satu festival di Teluk Intan bulan lalu.

- Advertisement -

Pemuda PAS menerusi satu kenyataannya berkata, tindakan mengagung-agungkan negara asing dengan mengibarkan bendera China di tempat awam oleh puak-puak ‘cauvinis’ ini jelas merupakan satu tindakan biadap yang melanggar prinsip dan jati diri kedaulatan negara.

“Tatkala polemik sambutan besar-besaran kepada dua kapa perang China belum reda, dan provokasi yang berterusan daripada Tentera Laut China di perairan negara di Laut China Selatan.

“Terlalu naif jika rakyat Malaysia bermudah-mudah dalam menerima permohonan maaf yang dikemukakan oleh pihak penganjur dan membiarkan perkara ini berlalu tanpa sebarang tindakan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, laporan polis itu adalah perlu bagi menyekat normalisasi mengibarkan bendera asing yang mencabar sensitiviti anak bangsa.

“Pemuda PAS juga menyeru semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan NGI (tokoh individu) untuk turut sama membuat laporan polis agar tindakan tehas dikenakan kepada golongan subversif.

“Yang tidak pernah serik mencetuskan provokasi dengan tindakan-tindakan yang menggugat perpaduan dan keharmonian kaum,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/10/2024

- Advertisement -