Peniaga berdepan kesukaran pindah ke kiosk baharu

Dato' Azman Nasrudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah sesetengah peniaga yang berdepan kesukaran untuk berpindah ke lokasi kiosk yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diambil kira.

- Advertisement -

Dato’ Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berkata, kerajaan perlu membangunkan pangkalan data peniaga secara menyeluruh untuk tujuan memantau jumlah pengisian sebenar mengikut kawasan PBT.

“Apakah terdapat usaha penyelarasan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan pihak PBT termasuk dari segi kos penyelenggaraan dan kapasiti tenaga solar untuk MyKiosk?

“Selain itu, apakah perancangan bagi jangka sederhana dan panjang KPKT untuk menjamin kelangsungan memandangkan kiosk tersebut adalah hak milik PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam soalan asal, beliau meminta kementerian itu menyatakan kiosk berbumbung berkuasa solar yang disediakan oleh KPKT kepada PBT mengambil kira kesesuaian dan keperluan penjaja dan peniaga kerana ramai penjaja dan peniaga akhirnya meninggalkan kiosk tersebut kerana tidak sesuai.

Timbalan menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata kementeriannya melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah dilakukan untuk membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan MyKiosk itu.

“Itu adalah antara cadangan dan juga akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa agar benar-benar dapat memberikan kesejahteraan, meningkatkan sosial ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2024

- Advertisement -