MAB ambil tindakan pembangunan kumpulan bakat

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dalam memastikan Malaysia Airlines Berhad (MAB) kekal berdaya saing, MAB telah menyatakan komitmen mereka dalam memberikan tumpuan kepada peningkatan latihan dan pengambilan pekerja bagi menangani isu peningkatan permintaan dan kompleksiti pesawat moden.

Selain itu, MAB juga telah memperkukuhkan tawaran gaji pekerja yang kompetitif bagi menarik minat pekerja baharu dan mengekalkan pekerja sedia ada serta melaksanakan proses pengambilan terus dari pasaran.

“Sebagai langkah proaktif, MAB juga telah mengambil tindakan pembangunan kumpulan bakat (pool of talent) bagi keperluan tenaga kerja jangka masa panjang,” kata Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin [PN-Jerantut] di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Khairil Nizam dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian agar Malaysia Airlines kekal berdaya saing dan kembali sebagai syarikat penerbangan Malaysia yang utama, di samping memastikan pengambilan tenaga mahir di syarikat tersebut dapat direkrut dengan kadar segera.

Tambah menteri itu, selain masalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan penerbangan, fokus juga diberikan kepada kebolehcapaian untuk mendapatkan bekalan stok dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan pesawat dapat dilaksanakan dengan segera. – HARAKAHDAILY 22/10/2024

- Advertisement -