Ustaz Azhar ziarah keluarga, kubur allahyarham Mohd Fauzi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus dan sahabat-sahabat kuliah berkesempatan menziarahi keluarga dan makam allahyarham Mohd Fauzi Abdul Rahman di Pulau Pinang, petang semalam.

- Advertisement -

Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran di laman Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Mohd Fauzi meninggal dunia pada 7 Oktober lalu.

Pada pagi ini, Ustaz Azhar menyampaikan Kuliah Dhuha dan Soal Jawab Agama di Yayasan An-Nahdhoh, Bukit Mertajam.

Malam tadi, beliau menjayakan Kuliah Maghrib dan Soal Jawab Agama di Masjid Al-Muqarrabin, Taman Angsana, Kulim.

Ustaz Azhar menyantuni anak Allahyarham Mohd Fauzi Abdul Rahman.

Pages Rasmi Ustaz Azhar pada 7 Oktober lalu memaklumkan menerima khabar dukacita pagi itu mengenai pemergian Mohd Fauzi.

“Allahyarham banyak memainkan peranan membantu guru kita Ustaz Azhar Idrus dalam mengurus atur urusan kuliah di Utara khususnya di Pulau Pinang.

“Sesungguhnya kami merasa amat berdukacita dan marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/10/2024

- Advertisement -