KDNFC bimbang ketiadaan Oday dan Jerabek

Park Jaehong
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) keyakinan menjelang aksi Liga Super 2024/25 melawan Kuala Lumpur City setelah mengutip tiga mata pada aksi terakhir di Paroi, Seremban.

Jurulatih Park Jaehong menjelaskan komposisi pada awalnya tidak memuaskan, tetapi sebaik pemain baru dibawa masuk, mereka mencetuskan impak segera untuk membantu skuad terbabit.

“Jelas kehadiran pemain baru mencetuskan impak dan membolehkan kami mencatatkan kejayaan sebelum bertandang ke Cheras.

- Advertisement -

“Para pemain mula mendapat sedikit keyakinan dan aksi dengan Kuala Lumpur ini.

“Kami kena tunjuk apa yang kami miliki terutamanya ketika bertahan dan kena ambil tahu  apa yang telah dirancangkan dan bagaimana untuk mengatasi tekanan,” jelasnya.

Beliau menambah, pemain juga mesti tahu bagaimana untuk meneruskan permainan apabila kehilangan bola.

Menurutnya, persediaan telah dijalankan melalui latihan seperti mempercepatkan peralihan ketika menyerang serta turun bertahan apabila diserang.

Mengulas lanjut, pengendali dari Korea itu sedikit ralat kerana kehilangan perancang tengah yang juga kapten pasukan, Oday Kharoub serta bek kental, Michal Jerabek disebabkan penggantungan perlawanan.

Malangnya, katanya walaupun KDN FC mencatatkan pungutan tiga mata pada perlawanan lepas, Oday serta Jerabek tidak dapat bermain dalam permainan ini kerana menerima tiga kad kuning.

“Mereka adalah pemain penting kepada kekuatan pasukan kami, tetapi ia juga adalah situasi yang tidak dapat dielakkan.

“Saya rasa mana-mana pemain KDNFC boleh bermain dengan baik. Kami melakukan banyak latihan organisasi ofensif dan latihan organisasi defensive.

“Saya percaya pemain yang akan mengantikan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, terdapat banyak kesukaran dalam memimpin pasukan.

Walau bagaimanapun, ujarnya pemain, kejurulatihan, dan pegawai pasukan KDNFC bekerja keras untuk memimpin pasukan ke arah yang baik sebelum ke Cheras.

Justeru itu, besar harapan Park Jaehong untuk melihat ramai peminat serta penyokong supaya datang ke stadium sekali gus pemain kendaliannya akan berlawan bukan sahaja demi kelab dan pasukan tetapi untuk semua yang mendukung mereka.

“Kami akan mempamerkan persembahan yang baik di atas padang supaya penyokong yang hadir atau menyaksikan perlawanan di kaca TV berasa bangga dan akan terus memberikan sokongan kepada KDNFC,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/10/2024

- Advertisement -