Kelantan tingkat usaha tangani kanser payudara

Peruntuk RM500,000 laksana program kesihatan

- Advertisement -

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan program-program berkaitan kesihatan tahun ini.

- Advertisement -

Peruntukan berkenaan termasuk program advokasi, seminar, kesihatan, kempen kesedaran dan skim bantuan berkaitan kanser payudara di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Rohani Ibrahim berkata, program Hari Kesedaran Kanser Payudara Pantai Timur bertujuan memberi kefahaman kepada  masyarakat berhubung penyakit itu.

Menurutnya, program tersebut diadakan dengan harapan masyarakat sedar mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara dan langkah-langkah pencegahan.

“Tahniah saya ucapkan kepada pengarah dan penganjur Karnival Kesihatan Payudara Pantai Timur 2024 (EWBC) yang dianjurkan Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARI).

“Juga Hospital Pakar USM dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Universiti Sultan Zainal Abidin,” katanya ketika merasmikan program itu semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Klinikal Prof Dr. Zaidi, ADUN Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan ADUN Gual Ipoh, Bahari Mohd Nor.

Program berkenaan diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Tanah Merah, di sini.

Rohani juga berkata, usaha tersebut menjadi asbab untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dan memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser. – HARAKAHDAILY 11/10/2024

- Advertisement -