‘Projek tebatan banjir di Paya Jaras: Kerajaan Selangor tak serius?’

Mohamed Sukri Omar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Apakah Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Dato’ Seri Amirudin Shari tidak serius menangani masalah banjir yang dihadapi rakyat saban tahun?”

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata demikian sambil menggesa Kerajaan Selangor  untuk mengambil tindakan yang serius, berfokus dan menyelesaikan segera isu projek tebatan banjir di Paya Jaras yang dikatakan amat perlahan berbanding capaian sepatutnya.

- Advertisement -

Menurutnya,  kerajaan yang memerintah di Persekutuan dan Negeri adalah daripada gabungan parti sama, dan dengan peruntukan yang ada, perkembangan projek tebatan banjir tersebut seharusnya melebihi 50 peratus.

“Tarikh mula 5 Februari 2024, tarikh dijangka siap 4 Ogos 2025. Sudah lapan bulan berlalu, perkembangannya kurang dari 25 peratus,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap satu tindakan yang serius, berfokus dan penyelesaian segera diambil oleh Kerajaan Selangor agar rakyat tidak terus menghadapi kesulitan berterusan berkenaan isu banjir di negeri itu.

“Ini baru satu contoh projek tebatan banjir, masih ada lagi untuk dipaparkan. Rakyat Selangor tuntut penjelasan dari MB Selangor!” katanya. – HARAKAHDAILY 10/10/2024

- Advertisement -