5 gulai kawah sempena Hari Keputeraan Ke-55

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak lima gulai kawah disediakan bagi majlis kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 baru-baru ini.

- Advertisement -

Majlis kesyukuran tersebut juga turut diadakan sempena ADUN Pasir Tumboh, Dato’ Abdul Rahman Yunus dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Majlis kesyukuran tersebut kata Abdul Rahman sebagai pengiktirafan kepada seluruh rakyat di kawasan terbabit yang memberi sokongan terhadap kerja-kerja kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

“Hari ini kita menyediakan sebanyak lima kawah gulai sebagai menyatakan kesyukuran terhadap penganugerahan darjah oleh Sultan Kelantan.

“Anugerah ini merupakan hasil komitmen rakyat yang terus menerus memberi sokongan dan ia tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak memberi dukungan yang padu kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Cakna Rakyat DUN Pasir Tumboh 2024 di Kampung Kubang Keranji di sini semalam.

Majlis kesyukuran yang diadakan bersama program Cakna Rakyat itu turut dihadiri Setiausaha PAS Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaacob dan wakil Pejabat Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Selain Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, turut menerima darjah sama dua anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat dan Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail. – HARAKAHDAILY 6/10/2024

- Advertisement -