
KUALA LUMPUR: Hubungan PAS dan Parti Saadet telah lama terjalin iaitu semenjak tertubuhnya parti itu pada tahun 2001.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Salamiah Mohd Nor berkata, dalam lawatan kerja di Tukiye baru-baru ini beliau berpeluang bertemu dan bertukar pandangan dengan pimpinan muslimat dari parti Saadet.
Katanya, separuh ahli parti pimpinan Temel Karamollaoğlu terdiri daripada kaum muslimat yang sentiasa bekerja keras melaksanakan tanggungjawab pada parti.
Justeru itu, beliau turut berkesempatan memberi pandangan kepada pimpinan parti Saadet supaya calon pilihan raya pada masa akan datang diletakkan calon muslimat dengan sokongan dan dukungan kepimpinan.
“Muslimat harus diberi peluang untuk menyatakan pandangan dalam pentadbiran negara.
“Saya yakin dan percaya kepimpinan muslimat parti Saadet mempunyai kemampuan dan kebolehan serta kemahiran yang hebat,” katannya menerusi kenyataan media di laman sosial Facebook DMPM, hari ini.
Tambah beliau, hal ini turut menggambarkan Islam tidak meminggirkan kaum wanita dan mengiktiraf kepimpinan wanita sebagai golongan yang penting dalam parti. – HARAKAHDAILY 4/10/2024











