Muhtar Suhaili dilantik sebagai Malim Industri UMT

Muhtar Suhaili
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Muhtar Suhaili sebagai Malim Industri (Industry Advisor) bermula hari ini (1 Oktober) selama dua tahun.

Menurut Muhtar, pelantikan itu merupakan pengiktirafan UMT kepada tokoh yang telah memberikan sumbangan signifikan dalam industri di Malaysia.

“Saya berharap untuk menggunakan kepakaran dan pengalaman untuk membantu memperkasakan peranan UMT sebagai universiti awam (UA), seterusnya membantu dalam pembangunan modal insan negara, insya-Allah.

- Advertisement -

“Doakan semoga saya dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook beliau.

Muhtar sebelum ini telah dilantik sebagai Industry Advisory Panel (IAP) Universiti Kuala Lumpur – MITEC (UniKL-MITEC) (2020-2025) dan Industry Mentor @ Kulliyyah KOE International Islamic University Malaysia (IIUM) (2024-2025).

Sementara itu, EPIC Berhad dalam satu kenyataan ringkas hari ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau atas pelantikan tersebut bagi tahun 2024 hingga 2026.

Menurut EPIC, pelantikan itu merupakan sebuah pengiktirafan terhadap kepakaran dan penglibatan beliau dalam memacu agenda memperkasakan ekonomi tempatan di sektor swasta.

“Tanggungjawab baharu yang dipikul oleh Ts. Haji Muhtar ini selaras dengan komitmen serta penglibatan syarikat untuk merancakkan pembangunan modal insan merentasi pelbagai bidang dan pengkhususan, khasnya di Negeri Terengganu.

“Tahniah sekali lagi diucapkan!” ujarnya menerusi laman Facebook. – HARAKAHDAILY 1/10/2024

- Advertisement -