10 negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

- Advertisement -

Agensi itu menerusi kenyataan memaklumkan, amaran tersebut melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Melaka dan Johor.

Bagi Negeri Kedah akan melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala negeri Perak pula, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), negeri di bahagian pantai timur, Kelantan akan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah manakala Pahang pula akan melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Pekan.

“Di bahagian negeri selatan yang melibatkan Negeri Sembilan pula akan melibatkan daerah Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Di Johor pula melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kota Tinggi,” ujar MetMalaysia.

Tambahnya, bagi negeri Sarawak, Miri (Marudi) dan Limbang, di Sabah pula, Pedalaman  di bahagian Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat pula Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau, Kunak dan Lahad Datu, Sandakan pula (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. 

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 24/9/2024

- Advertisement -