Isteri Pengarah PASTI Johor meninggal dunia

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Nor Izzati Suhaimi, isteri kepada Pengarah Jabatan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Johor, Mohd Fairuz Alias meninggal dunia akibat kanser.

- Advertisement -

Setiausaha Jabatan PASTI Negeri, Mohamad Firdaus Adnan berkata, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat sekitar jam 4 pagi tadi.

“Allahyarhamah menghidap kanser hati tahap 4. Beliau mula tidak sihat dalam dua bulan lepas. Masa tu doktor sudah mengesyaki kanser. Tapi belum dapat disahkan.

“Selepas itu Allahyarhamah memang kerap keluar masuk wad. Pada 20 Ogos lepas doktor ‘suspect’ kanser hati sehingga kemudian disahkan penyakit tu,” katanya.

Tambah Firdaus, pada 5 September lepas isterinya dimasukkan lagi ke hospital kerana tahap kesihatannya yang sangat merosot sehingga menghembuskan nafas terakhir hari ini.

“Sekarang ini jenazah Allahyarhamah dibawa balik ke Kelantan, bertolak sekitar jam 10 pagi tadi untuk dikebumikan di sana,” katanya.

Allahyarhamah Nor Izzati, 35, yang merupakan seorang pensyarah di Kolej Vokasional Batu Pahat baru sahaja dapat berpindah ke cawangan itu daripada Kolej Vokasional Ampangan Seremban pada bulan Mac lepas.

Beliau meninggalkan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun hasil perkongsian hidup bersama suaminya Mohd Fairuz. – HARAKAHDAILY 21/9/2024

- Advertisement -