Pasar Chabang Tiga: Maklum balas peniaga, pembeli cukup baik

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah mendapat maklum balas yang baik daripada para peniaga dan pembeli sejak Pasar Chabang Tiga beroperasi waktu malam.

Menurutnya, dua minggu lalu, wakil daripada para peniaga di pasar itu ada berjumpa dengan beliau untuk menyatakan hasrat bagi meneruskan waktu jualan sehingga ke malam.

AdDUN Wakaf Mempelam itu menyatakan demikian menerusi laman sosialnya susulan beliau bersama wakil Persatuan Peniaga Pasar Chabang Tiga telah ke udara di Manis FM, petang semalam. (Foto atas)

- Advertisement -

Katanya, siaran itu bagi mempromosikan pembukaan Pasar Chabang Tiga yang kini dilanjutkan sehingga ke waktu malam.

Menurutnya, beliau menyatakan komitmen dan kesediaan untuk memberikan sokongan.

Ini, ujarnya kerana beliau faham dengan situasi ekonomi sekarang, begitu juga dengan persaingan yang semakin banyak.

“Dalam tempoh seminggu pengoperasian Pasar Chabang Tiga pada waktu malam ini, saya mendapat maklum balas yang cukup baik dari para peniaga dan pembeli.

“Lepas ni tak perlu risau nak cari barang masakan atau keperluan asas meskipun telah malam kerana para peniaga di sana sedia menanti anda semua bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 20/9/2024

- Advertisement -